Social Icons

Tuesday, July 24, 2012

KUIH BLEBAK UBI STELO

ASSALAMUALAIKUM.....salam ramadhan buat semua,alhamdulillah dah sampi ke hari 4 kita semua berpuasa.... aku masih lagi berjaya untuk tidak pergi ker bazaar ramadan,buat apa lagi nak kesana,kalau masih lagi mampu menyiapkan masakan untuk suami dan anak2 yang baru2 belajar berpuasa...

faham2 jer lah,kalau ke pasar ramadhan,mcm2 yang teringin nak beli..kalau ker sana,nampak semua makanan yg menyelerakan,sedar x sedar dh penuh kiri kanan tangan,lagi membazir kalau semua yg di beli bukannya habis dimakan,cuma nafsu mata yg x tahan memandang, ,tgk itu nak,tgk ini nak...

hari pertama puasa,aku buat kuih onde2 gula melaka,xyah la kot letak resepi,rasanya semua dh maklum kan,senaang sgt.hari kedua buat kuih serban tok aji,nanti aku akan letak resepi ,hari ke tiga buat kuih butir nangka,dan hari ke 4 buat kuih blebat ubi stelo ni,semuanya kue2 yanga asal dari negeri cik siti wan kembang.

walaupun aku cuma dilahirkan di klate,tp membesar di kedah,namun selera aku lebih pada makanan2 dari kelate.



RESEPI BLEBAT UBI
1 CAWAN TEPUNG BERAS
3/4 CAWAN SANTAN PEKAT
1setengah CAWAN AIR
1/2 CAWAN GULA
SECUBIT GARAM
UBI KLEDEK KUNING/PURPLE(potong dadu &memanjang)
2 bji PISANG EMAS(potong,kecik2)klu x der pun xper.
DAUN PISANG UNTUK BUNGKUS BLEBAK

caranya:
1.rebus dahulu ubi kledek yang dah dipotong sehingga empuk,saya letak sedikit garam kedlm air rebusan tadi.
2.tepung beras,santan,gula,garam,air masukkan kedalm periuk atau kuali,masak menggunakan api yg kecik,sambil dikacau dgn whisk agar tidak terlampau berketul,guna api slow jer tau,sbb adunan cepat hangit
3.bila dh agak likat,tutup api dan masukkan ubi yg direbus tadi dan jugak pisang yg diptong,kacau sebati,
4.lap bersih daun pisang,dan sudukan adunan tadi ke atas daun pisang,lipat kiri dan kanan daun tersebut
5.kemudian kukus 10 minit(aku terlebih kukus,sbb teralit layan fb,huhuuu...tp xper,yang penting soodappp....)
6.sedia dimakan ketika sejuk dan panas

No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates