Social Icons

Monday, May 13, 2013

BEST EVER PUDING JAGUNG

Assalamualaikum semua
selamat berhujung minggu
kalau x sibuk dengan tempahan mula lah teringin nak buat sesuatu
sebenarnya dah lama teringin nak makan puding jagung ni
cuma masa jer tak mengizinkan
bila dah ada jagung n susu cair
apalagi,maka terhasillah puding jagung yang mabelez
resepi punyalah simple..sesapa pun boleh buat
jom layan

 PUDING JAGUNG
1 TIN JAGUNG CREAM
1 TIN SUSU CAIR(lagi best klu gna brand IDEAL,wangii)
2CAWAN AIR
1 CAWAN GULA PASIR(boleh kurangkan sikit utk kurangkan kemanisan)
1CAWAN TEPUNG CUSTARD
SEDIKIT GARAM(ciput jer tau...)

cara membuatnya
1.campurkan kesemua sekali bahan diatas didalam periuk/kuali(saya gunakan kuali)
2.kacau kesemua sekali dgn menggunakan handwhisk sehingga adunan tepung x berketul
3.buka api (jangan terlalu kuat)
4.masak sambil dikacau tanpa henti sehingga adunan menjadi likat(masa ni kna sabar hookeyy..klu adunan belum masak dgn sempurna/likat..nanti akan menghasilkan puding yang lembik & tak boleh nak potong)
5.bila dah cukup masak n pekat boleh tuangkan dalam loyang/apa2 acuan kegemaran.smpan sekejap dalam peti n sedia dimakan
SELAMAT MENCUBA
p/s...Kalau kengkawan menggunakan sweetcorn ayam brand ini..sila kurangkan sdikit sukatan gula ..jikalau tdak mahu kaki anda dipotongg..kwangg kwangg kwanggg ....kurangkan manis dlm makanan,biar manis dengan senyuman hookeyy..selamat mencuba


No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates